Peranan Jurukur tanah untuk terlibat dalam proses pembinaan rumah/banglo baru di atas lot sendiri adalah di perlukan untuk Menyemak ketepatan tanda sempadan dan ukuran serta menghitung
keluasan dan koordinat bagi batu sempadan, mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk kerja pembinaan dengan melukis permukaan bawah tanah, mencatat aras tanah, kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri.
Pelan Juruukur tanah juga perlulah menyediakan lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan (setting out pile cap/padfooting) yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pelan Juruukur tanah juga perlu menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada
Perancang Bandar (town planner) untuk menyediakan pelan kebenaran merancang jika diperlukan untuk mendapatkan kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (Km) dari pihak Majlis (PBT).
Pelan Jurukur juga diperlukan oleh pihak Consultant Engineer untuk menyediakan pelan kerja tanah (Earthwork plan) jika lot tanah tersebut mempunyai cerun yang memerlukan kerja kerja tambakan tanah atau meratakan tanah.Begitu juga bagi pihak Arkitek, pelan Jurukur tanah diperlukan untuk menyemak anjakan bangunan yang diperlukan untuk merekabentuk rumah.Pelan Jurukur juga diperlukan oleh pihak kontraktor untuk menentukan kos anggaran awal yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan jika perlu.
Pelan Jurukur yang lengkap untuk lot banglo apabila telah siap disediakan akan mempunyai pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak (lihat contoh gambar pelan yang tunjukkan dibawah).kos untuk menyediakan pelan juruukur ini adalah bergantung pada lokasi tanah. selalunya anggaran kos untuk kawasan selangor adalah lingkungan RM2500 hingga RM5000 bergantung pada keadaan lot tanah seperti keluasan, lokasi tanah lot serta lain lain perkara yang diperlukan untuk menyediakan pelan jurukur tersebut.
Pihak saya juga menawarkan khidmat jurukur tanah bagi pemilik tanah yang memerlukan jurukur untuk menyediakan pelan tersebut. Jurukur tanah dari pihak saya adalah jurukur tanah berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi saya sendiri di no tel 01163986784 MASER. Temujanji akan dilakukan oleh saya dan Jurukur tanah untuk berjumpa dengan pemilik tanah untuk urusan memulakan proses menyediakan pelan tersebut.
Contoh lengkap pelan Jurukur tanah bagi lot banglo
Pelan Kunci dan Pelan Lokasi
Pelan Tapak
Leave a Reply / Pertanyaan anda