Pelan kebenaran merancang khasnya untuk proses pembinaan rumah
Baru di atas lot tanah diperlukan jika pihak berkuasa tempatan/majlis
Meminta pelan tersebut perlu dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pelan. Pelan ini diperlukan jika tanah lot tersebut berada di luar zon perancang bandar. Ada sesetengah majlis tidak memerlukan pelan ini jika tanah lot tersebut sudah berada Di kawasan zon perancang bandar. Pelan perancang bandar ini juga sesetengah majlis
Memberi kelonggaran untuk membuat permohonan pengecualian kebenaran merancang.
Proses untuk menyediakan pelan kebenaran merancang adalah perlu melantik Perancang bandar (town planner) yang berdaftar dalam kerja menyediakan pelan kebenaran merancang. Perkara utama yang diperlukaan untuk mula menyedian pelan ini adalah pelan jurukur tanah perlu diperolehi. Pelan kebenaran merancang ini mengandungi pelan kunci,pelan lokasi dan pelan tapak.
Pelan lengkap kebenaran merancang mempunyai pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak,juga disediakan data pembangunan iaitu jumlah keluasan tapak, nisbah lot,jumlah keluasan setiap ruang/bilik dalam rumah samada rumah setingkat / 2 tingkat / 3 tingkat serta semua lumlah keluasan rumah.pelan ini juga menunjukkan garisan anjakan bangunan yang diperlukan, cadangan underground onsite detention pond, simpanan parit sediada di depan lot tanah serta nama jalan sediada di depan lot. Laporan berbentuk dokumen juga akan disertakan oleh pihak perancang bandar jika di minta oleh pihak PBT/Majlis.
Pihak saya juga mempunyai Syarikat Perancang Bandar (Town Planner) jika pemilik tanah memerlukan perkhidmatan menyediakan Pelan Kebenaran Merancang.Kos / fess untuk menyediakan pelan ini adalah bergantung pada proses yang perlu dilalui oleh Perancang Bandar.
Perbincangan harus dilakukan antara pemilik tanah dengan saya serta Perancang bandar untuk menetapkan kos yang perlu dibayar.
Jika pihak majlis memerlukan pelan kebenaran merancang untuk memberi kelulusan pada pelan bangunan/rumah. Pelan ini hendaklah perlu di submit dahulu kepada pihak majlis untuk mendapatkan kelulusan seterusnya salinan pelan dan surat kelulusan kebenaran merancang akan disertakan dengan pelan bangunan/rumah apabila proses submission pelan bangunan/rumah dilakukan.
Saya ingatkan di sini, pelan kebenaran merancang hanya akan di sediakan jika diminta oleh pihak PBT/Majlis sahaja. Untuk mendapatkan perkhidmatan menyediakan pelan ini, boleh berhubung dengan saya di 011 63986784 Maser. Temujanji akan dibuat antara pemilik tanah dengan saya serta perancang bandar untuk urusan selanjutnya
Berikut adalah contoh lengkap pelan kebenaran merancang bagi rumah 3 tingkat yang telah mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Data pembangunan
Pelan tapak jenis pelan Kebenaran Merancang, yang telah dimasukkan pelanre kabentuk rumah/banglo dengan menunjukkan setback/ anjakan bangunan/sempadan lot serta lain lain perkara yang perlu ditunjukkan dalam pelan Kebenaran Merancang .