Call Maser : 01163986784

Email : mylukispelan@gmail.com

28
Mar

Pelan Arkitek khususnya kepada jenis pelan rumah/banglo merupakan lukisan yang mengandungi pelan yang terperinci dengan menunjukkan pelan lantai (pelan tingkat satu, dua tingkat atau tiga tingkat),pandangan hadapan, belakang, kiri, kanan, belakang,keratan (section), saiz rumah yang dilukis di atas lot tanah yang juga menunjukkan garisan anjakan bangunan yang dibenarkan/ mengikut syarat undang undang kecil bangunan.

Garisan anjakan bangunan adalah bermaksud jarak antara dinding / tiang rumah dengan garisan sempadan lot perlu disediakan. sebagai contoh bagi pembinaan rumah sesebuah di atas lot sendiri, jarak sempadan lot depan rumah adalah 20 kaki, iaitu dinding depan rumah dengan sempadan lot depan perlu ada jarak 20 kaki, manakala jika terdapat tiang porch di depan rumah, jarak tiang porch adalah 10 kaki dari sempadan lot depan. ini bermaksud jika rekabentuk depan rumah dibuat tepat kedudukannya iaitu jarak dinding depan rumah dengan sempadan lot depan 20 kaki, maka jika terdapat tiang porch, jarak depan rumah ke tiang porch adalah 10 kaki dan jarak tiang porch ke sempadan lot depan ada 10 kaki. anjakan bangunan untuk kanan, kiri dan belakang pula adalah 10 kaki.jika keluasan lot tanah besar, rekabentuk rumah tersebut akan dibuat didalam jarak garisan anjakan bangunan.

Pelan Arkitek yang lengkap bagi tujuan mendapatkan kelulusan dari pihak PBT/Majlis adalah mengandungi pelan kunci, pelan lokasi, pelan tapak, pelan lantai (1,2 atau 3 tingkat) pelan bumbung, pelan yang menunjukkan pandangan depan, kanan , kiri, belakang, sanitary diagramme, pelan perincian pagar, jadual pengudaraan dan pencahayaan serta lain lain lukisan perincian yang perlu ditunjukkan didalam pelan, contoh pelan yang lengkap boleh lihat di gambar dibawah.

Pelan Arkitek bagi pelan rumah, jika ingin mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa di kawasan Selangor, syarat anjakan bangunan adalah seperti yang dinyatakan di atas, tetapi bagi sesetengah Majlis jika rumah tersebut dibina melepasi anjakan bangunan, kelulusan pelan tidak akan di berikan, walaubagaimanapun jika pemilik rumah kemukakan rayuan bagi mendapatkan kelulusan, kemungkinan kelulusan adakan diberikan mengikut budibicara Majlis bergantung kepada keadaan kes.

kepada rumah yang melanggar syarat, denda akan dikenakan mengikut keluasan yang dibina melepasi garisan anjakan bangunan atau pelan tetap tidak diberikan kelulusan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan menyediakan pelan rumah, boleh hubungi saya di 01163986784 Maser,Temu janji akan dibuat untuk pembincangan lanjut.

Category : pelan arkitek | Blog

Rumah Setingkat:3 bilik, 2 bilik air

Rekabentuk rumah konsep moden minimalis sesuai untuk mereka yang hanya memerlukan rumah yang mempunyai 1 master bedroom berserta bilik air, 2 bilik, 1 bilik air berasingan, ruang living, dining, wet and dry kitchen serta porch yang bersaiz minima.

Untuk melihat pelan 3d yang menunjukkan view depan, kiri, kanan dan belakang, sila klik di ruangan ini.


Pelan lantai, pelan bumbung , pelan pandangan hadapan, tepi, belakang, keratan, serta lain lain pelan yang berkaitan sila klik bahagian ini, "hakcipta terpelihara", anda tidak dibenarkan download pelan ini tanpa kebenaran.


Pelan ini disediakan khas kepada anda yang berminat mendapatkan khidmat kami dalam urusan submission pelan bagi mendapatkan kelulusan pelan dari PBT serta perkhidMatan membina rumah (design and build), kepada anda inGin mengunakan bagi tujuan kelulusan sahaja atau untuk tujuan construction drawing, sila hubungi saya untuk perbincangan lanjut.


Anggaran kos: Anggaran kos pembinaan adalah RM140 ribu - RM150 RIBU.

KOS BINA KECUALI PAGAR: RM140 ribu - RM150 RIBU

KOS BINA TERMASUK PAGAR: RM150 ribu - RM170 RIBU

Baca Selanjutnya