Call Maser : 01163986784

Email : mylukispelan@gmail.com

Sebut harga perkhidmatan

Berikut adalah contoh surat perjanjian yang mengandungi scope of work serta stage of payment (peringkat bayaran perkhidmatan). surat perjanjian dan peringkat bayaran akan berbeza setiap sesuatu projek. sebagai contoh. jika pemilik ingin membina banglo baru diatas lot sendiri terdapat beberapa pihak yang akan terlibat dalan urusan kelulusan pelan. disini saya jelaskan jenis projek dan pihak yang terlibat.

1-BANGLO BARU
pihak yang terlibat adalah:
-Jurukur tanah
-Perancang Bandar (jika perlu sahaja)
-Arkitek
-Jurutera
-beberapa lagi pihak yang akan terlibat dalam urusan permohonan CCC

2-TAMBAHAN DAN UBAHSUAI RUMAH SETINGKAT SAHAJA
Jika pemilik rumah teres samada end lot, corner lot, intermidiate yang hanya membuat tambahan porch dan tambahan belakang dan tepi sahaja yang tidak melibatkan tambahan kepada 2 tingkat, hanya pihak Arkitek sahaja diperlukan untuk proses penyediaan pelan dan mendapatkan kelulusan.

3-TAMBAHAN DAN UBAHSUAI RUMAH SETINGKAT KEPADA 2 TINGKAT
Jika pemilik rumah teres 1 tingkat end lot, corner lot, intermidiate yang membuat tambahan porch dan tambahan belakang dan tepi melibatkan tambahan kepada 2 tingkat, pihak Arkitek dan Jurutera diperlukan untuk proses penyediaan pelan bagi mendapatkan kelulusan.

4-TAMBAHAN DAN UBAHSUAI RUMAH 2 TINGKAT.
Jika pemilik rumah 2 tingkat yang ingin membuat tambahan depan, tepi atau belakang yang melibatkan tambahan pada tingkat atas, Arkitek dan Jurutera diperlukan untuk mendapatkan kelulusan.

5-TAMBAHAN DAN UBAHSUAI RUMAH 2 TINGKAT.
Jika pemilik rumah 2 tingkat yang ingin membuat tambahan porch / tambahan tepi atau belakang pada tingkat bawah sahaja, hanya Arkitek sahaja diperlukan untuk mendapatkan kelulusan.

6-TAMBAHAN DAN UBAHSUAI RUMAH 2 TINGKAT KEPADA 3 TINGKAT.
Jika pemilik rumah 2 tingkat ingin membuat tambahan kepada 3 tingkat, Permohonan kebenaran merancang, Arkitek dan Jurutera diperlukan untuk mendapatkan kelulusan.

7-TAMBAHAN DAN UBAHSUAI KILANG DAN PEJABAT SEDIADA
Pemilik kilang yang ingin membuat tambahan seperti awning dan lainlain tambahan yang hanya melibatkan 1 tingkat, pihak Arkitek diperlukan untuk urusan kelulusan pelan. pelan untuk kelulusan bomba juga diperlukan bagi sesetengah kes.

Contoh surat perjanjian adalah seperti dibawah. kandungan surat perjanjian akan dibuat mengikut projek. manakala peringkat bayaran adalah seperti yang ditunjukkan dibawah. walaubagaimanapun, peringkat bayaran boleh diubah mengikut persetujuan antara pihak kami dan pemilik rumah.

Rumah Setingkat:3 bilik, 2 bilik air

Rekabentuk rumah konsep moden minimalis sesuai untuk mereka yang hanya memerlukan rumah yang mempunyai 1 master bedroom berserta bilik air, 2 bilik, 1 bilik air berasingan, ruang living, dining, wet and dry kitchen serta porch yang bersaiz minima.

Untuk melihat pelan 3d yang menunjukkan view depan, kiri, kanan dan belakang, sila klik di ruangan ini.


Pelan lantai, pelan bumbung , pelan pandangan hadapan, tepi, belakang, keratan, serta lain lain pelan yang berkaitan sila klik bahagian ini, "hakcipta terpelihara", anda tidak dibenarkan download pelan ini tanpa kebenaran.


Pelan ini disediakan khas kepada anda yang berminat mendapatkan khidmat kami dalam urusan submission pelan bagi mendapatkan kelulusan pelan dari PBT serta perkhidMatan membina rumah (design and build), kepada anda inGin mengunakan bagi tujuan kelulusan sahaja atau untuk tujuan construction drawing, sila hubungi saya untuk perbincangan lanjut.


Anggaran kos: Anggaran kos pembinaan adalah RM140 ribu - RM150 RIBU.

KOS BINA KECUALI PAGAR: RM140 ribu - RM150 RIBU

KOS BINA TERMASUK PAGAR: RM150 ribu - RM170 RIBU

Baca Selanjutnya